Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Pertanian Pintar – Intake 1 (Minggu 5)

20 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Februari 2025, 2 orang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Pertanian Pintar yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Kelas yang diadakan pada minggu ke-5 ini bertujuan untuk mempelajari tentang konsep penting dalam pengurusan serangga perosak dan kawalan yang berkesan.

Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang lepas. Pada kelas minggu ke-5 ini, Cikgu Ahmad Hanif memberi penerangan mengenai jenis-jenis serangga yang sering merosakkan tanaman, penyakit-penyakit tanaman dan strategi untuk mengurangkan penyakit tanaman bagi menghasilkan tanaman yang lebih produktif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali